Semi-Backpacking Journey (part two)
29/1 Khamis; Pada pukul 2 pagi, setelah kami semua bersiap utk tidur, security guard perempuan datang memarahi kami dalam bahasa Spanish. Apa pun tak paham. Blur. “OUT-CLOSED-NO SLEEP-OUT” kami terus kutip barang2an kami dan keluar dari station itu, “mana nak tidur ni ? dah pukul 2pagi” “Takpe, tidur kat luar ni je” “Tapi sejuk gila, mati beku nnt” “Okay kita cari tempat tersembunyi, kat tangga” --- “Kotor….” “Okay jom pusing2 bandar cari hostel murah” pusing pusing pusing, takde. Tutup. Dari jauh Nampak tulisan HOTEL ! tapi…… mesti mahal kalau hotel besar, tapi smua tak sanggup tidur dalam kesejukan. Okay, jom tawakkal. Kami masuk dalam hotel itu dengan hati yg bersedia utk kehilangan sejumlah wang demi tempat tidur yg selamat. 90Euro katanya utk Bilik 4 orang, Paling murah. Setelah berbincang, kami bersetuju utk mengambil bilik itu meskipun hanya utk beberapa jam sahaja. Pagi itu, kami mengambil train ke Granada dan tiba di Granada pada pukul 1tengahari. Daripada s