Semi-Backpacking Journey (part two)

29/1 Khamis;
Pada pukul 2 pagi, setelah kami semua bersiap utk tidur,  security guard perempuan datang memarahi kami dalam bahasa Spanish. Apa pun tak paham. Blur. “OUT-CLOSED-NO SLEEP-OUT”
kami terus kutip barang2an kami dan keluar dari station itu, “mana nak tidur ni ? dah pukul 2pagi” “Takpe, tidur kat luar ni je” “Tapi sejuk gila, mati beku nnt” “Okay kita cari tempat tersembunyi, kat tangga” --- “Kotor….” “Okay jom pusing2 bandar cari hostel murah” pusing pusing pusing, takde. Tutup. Dari jauh Nampak tulisan HOTEL ! tapi…… mesti mahal kalau hotel besar, tapi smua tak sanggup tidur dalam kesejukan.

Okay, jom tawakkal.

Kami masuk dalam hotel itu dengan hati yg bersedia utk kehilangan sejumlah wang demi tempat tidur yg selamat. 90Euro katanya utk Bilik 4 orang, Paling murah. Setelah berbincang, kami bersetuju utk mengambil bilik itu meskipun hanya utk beberapa jam sahaja.

Pagi itu, kami mengambil train ke Granada dan tiba di Granada pada pukul  1tengahari. Daripada station itu ke Hotel kami berjalan kaki sahaja, ya,  dengan bag yang berat dan perjalanan yg jauh, kami berjalan kearah hotel yg kami duduki selama dua malam itu. (Hotel Sonia)

Setelah solat dan bersiap, kami bergerak keluar semula utk mencari makan dan berjalan di sekitar hotel. Jalan- bergambar- jalan- bergambar sehinggalah kami tiba di Albaycin. Tempat di mana terletaknya sebuah Masjid, dan Church Queen Issabell. Dan dari situ juga, kami boleh melihat Kota Alhambra.

Cantik, Kagum, Speechless.







30/1 Jumaat;

Alhambra, kami berjalan dari hotel kami kea rah Alhambra. Cantik sangat, penuh dengan sejarah dulu, sejarah Islam dan kenangan ketika aku di sini bersama keluarga kira2 10 tahun yg dahulu.

Awal kekuasaan beralih ke Ratu Isabela, istana ini sempat dihancurkan dan disia-siakan. Ratu malahan membuat istana tandingan di dekatnya. Walau beberapa bagian Alhambra ada yang sempat dirosakkan, tapi akhirnya disedari bahwa karya seni istana Al Hambra terlalu indah untuk dimusnahkan. (Wah)

Istana Alhambra terletak di bukit La Sabica, Granada, Spanyol. Ia sekaligus menjadi bukti sejarah kejayaan Islam di Spanyol (dulu Andalusia). Nama Alhambra berasal dari bahasa Arab, hamra’ , bentuk jamak dari ahmar yang bererti “merah”. Dinamakan Istana Alhambra –yang bererti Istana Merah kerana bangunan ini banyak dihiasi ubin-ubin dan bata-bata berwarna merah, serta penghias dinding yang agak kemerah-merahan dengan ‘ceramic’ yang bercirikan seni-seni binaan Islam yang hebat, di samping marmar yang putih dan indah.

Alhambra, sering juga dinamakan "Istana yang Hilang" atau "Kejayaan yang Sirna". Alhambra yang terletak di Andalusia (nama yang diberikan umat Islam untuk Spanyol) menyimpan memori sejarah kehebatan ilmu pengetahuan, karya sastra, seni dan arsitektur umat Islam. Bahkan Cordova, wilayah dimana Alhambra berdiri disebut sebagai puncak kecemerlangan ilmu pengetahuan Islam, di saat Barat sedang dalam Abad Kegelapan

Tapi ada pula yg kata, nama Alhambra diambil dari Sultan Muhammad bin Al-Ahmar, pendiri kerajaan Islam Bani Ahmar –kerajaan Islam terakhir yang berkuasa di Spanyol (1232-1492 M). Selain menjadi bukti kejayaan Islam, Istana Alhambra yang bernilai seni architecture tinggi ini juga menunjukkan peradaban tinggi umat Islam masa2 dulu.

Istana Alhambra adalah simbol puncak kejayaan Islam di Spanyol 😄😄💪. Islam masuk ke negeri ini dibawa oleh pasukan Islam pimpinan Thariq bin Ziyad yang dikirim raja muda Islam di Afrika, Musa bin Nusair. Pasukan Islam sendiri datang untuk memerdekakan Andalusia (Spanyol) dari kekacauan hebat atas permintaan gabenor Ceuta, Julian.

Thariq membawa sekitar 12.000 pasukan ke Gibraltar pada Mei 711 M. Ia memasuki Spanyol melalui selat di antara Maroko dan Spanyol yang kemudian diberi nama sprt namanya, Jabal Thariq. Salah satu world heritage yg perlu dilindungi, great experience 😄😄 jom pegi lagi 😊😊

Malam itu, kami berjalan ke Granada Cathedral, Jardines del triunfo, dan berjalan malam mencari Churros, sejenis makanan yg famous berasal dari Spain.




















31/1 Sabtu;
Pagi yg sejuk itu, kami mulakan perjalanan ke arah station Bus Granada, sangkaan dekat, tapi hakikatnya amat jauh.. Aku akui stamina kawan2ku sangat kuat, berjalan jauh dengan bag yang berat dipenuhi barangan harian dan souvenir utk keluarga. Tiba di station, kami makan di cafe sambil menunggu bas kami ke cordova, pada jam 12.00 tengahari.

Setibanya di Cordova, kami berjalan jauh lagi mencari Hotel yg telah dibook, jauh. Perjalanannya jauh juga, mungkin kerana dengan beban yg kami bawa serta perut yg lapar membuatkan kami terasa jauh. Namun dengan kesabaran dan stamina yg tinggi, kami tiba di hotel, (PENSION LUCANO- SANGAT DEKAT DENGAN MASJID CORDOVA, 5 MINIT SHJ) dan terus kami check in. Selepas itu, kami terus berjalan keluar dari hotel utk mencari makanan. Setelah kami google, ada kedai bernama Laor Kebab berdekatan dgn hostel yg kami duduki itu. Alhamdulillah.















Pada peang itu, kami telah menyaksikan sebuah parade sempena perayaan St Johns. Mereka berarak dengan berhala mereka dengan bunyi bunyian muzik yg sangat kuat ke arah cathedral. Di sebalik roman bridge juga ada sambutan Roman, gayanya seperti pasar malam, tapi sebenarnya ia merupakan festival roman, berpakaian seperti org roman dan makanan seperti di zaman dulu kala.

Malam itu kami pulang dengan view sunset yg dibelakangnya tersergam indah Masjid Cordova, yg kini dikenali dgn mezquita, ia merupakan sebuah cathedral yg dulu merupakan sebuah masjid kebanggaan islam dgn ukiran dan seni bina yg sangat indah. Pd zaman kegemilangan islam, cordova merupakan ibukota sepanyol di bawah pemerintahan dinasti umayyah. Kemudian diubah menjadi roman catholic church apabila diambil alih oleh kristian. Jambatan tu pula dinamakan roman bridge. 


1/2 Ahad;
Kami memasuki Masjid Cordova harini, cantik dia mashaAllah.. tapi sayang, sekarang ia dibawah kuasa org Yahudi... hanya tinggal kesan Islam.. Masjid yg boleh memuatkan 10000 jemaah di sini merupakan perkara yg diagungkan ooleh umat Islam suatu ketika dahulu, kerana binaannya serta rekabentuk yg sangat indah.







Hajat kami tidak kesampaian utk ke medina Zahra, (dulu merupakan kawasan pemerintahan keran tertelak di atas bukit) kerana terlalu jauh dan perancangan yg kurang teliti, takpelah... tengok dari jauh je hehe.

2/2 Isnin; 
Sebelum matahari menampakkan dirinya lagi kami telah bertolak ke station bas utk ke Seville, tough. Jauh sangat, kerana aku sengaja mengambil jalan yg besar dan agak jauh utk mengelak dari berjalan dalam lorong2 yg kecil pagi2 buta. Perjalanan di atas train yg singkat itu sempat kami hilangkan lelah sebentar, setibanya di train station seville, macam mana pulak nk pergi airport ? fikir kami. Tanya di kaunter, dan terus dapat jawapannya. Ambil bas ke Airport, (kos 4Euro seorang) itupun syukur kerna aku masih ada berbaki duit dalam poketku.

Setibanya di Airport, kami terus beratur utk check in, tiba giliran kami, "INI BUKAN FLIGHT KAMU, KAMU PERLU PRINT BOARDING TIKET DAHULU DARI RUMAH, KALAU PRINT DI SINI KOSNYA 60EURO SEORANG." Drop dead, kelu, blur, terus tak tahu nak buat apa. Mana ada CC kat sini ?!

"Jom mintak tolong polis tu, bilik polis tu ada printer" "pergilah aku tak berani nak main dengan polis" Dan selepas diterangkan keadaan kami kepada polis tersebut, mereka memanggilku... "Polis kata sorang je boleh masuk bilik tu, Amaq pergilah...." Dan aku di dalam tu dengan perasaan gementar dan cuak sangat !! berpeluh !! hah. Sempat mengerling ke arah polis tu, dia mengambil no passport kami... Aduh, takpelah, security reasons.



Settle tentang boarding tiket, kami tunggu saja di ruangan menunggu, kerana flight kami lagi 4 jam. Apa nak buat ? tidur bangun tidur bangun kami, dan perut pun berkeroncong. Yg tinggal, muffin dan megi dua bungkus. Tengok toilet, tiada tap air panas. Aduh. Terpaksa tebalkan muka pergi mintak di salah sebuah kedai jualan, dan ketika itu hanya berbekalkan 1 euro. Tawakkal. Dan alhamdulillah, dapat air panas free. Yup kongsi dua bungkus maggi dalam satu tumbler, kenyang. kot.

Selepas check in, perjalanan dipermudahkan sehinggalah kami tiba di London Stanted malam itu.. Setibanya di airport itu, kami mengambil bus ke London Victoria pula utk ke Manchester pada keesokan paginya...



Comments

Popular posts from this blog

New ,

Never say never :D