Semi-Backpacking Journey (part one)

Salam and hello peeps,
I want to share about my semi-backpacking journey, but hey this is a very long journal, so id better do it in several posts so it doesn’t get too long, and no one would be bothered to read this entry of mine hehe

PART ONE: 

24/1 sabtu;
Kami mulakan perjalanan kami ke Europe dgn menuju kea rah airport pada 9malam dgn menaiki mpv yg dibayar 10jd sekepala. Setiba di airport Queen Alia, Amman, kami terus mencari surau utk menginap sambil menunggu flight depart kami pada pukul 7pagi keesokan hari.

25/1 ahad;
Sebelum menjelang subuh, kami bersiap sedia utk bergegas ke kaunter british Airways utk claim tiket dan check in bagasi kami, dan setelah settle semua, kami solat di departure room. Perjalanan kami ke London heathrow mengambil masa 5jam.







Tiba di airport, terus kami mencari pass pelancong utk para pelancong yg datang ke Unite Kingdom. Salah kami, kami tidak ambil pass tu dari salah seorang pramugara yg mengedar pass tu di dalam pesawat. Jaddi, sesi pengisisan borang tu telah melambatkan perjalanan kami di emigresen. Alhamdulillah, proses di emigresen sangat mudah dan pegawainya juga mesra. Kami menjawab dengan jujur berbekalkan segala dokumen yg saya print terus dari rumah.  Malangnya buat geng lelaki yg sepesawat dengan kami, mereka lama di kaunter emigresen kerana kurang bersedia dgn soalan2 pegawai itu.

Terus kami kejar kearah ‘claim luggage’ dan membawanya ke arah currency exchange utk menukar matawang kami. Di situ pekerja matawang itu menyoal kami, samada kami ingin convert duit secara terus atau convert dengan komisen sedikit dan itu yang menguntungkan kami?” sebentar aku terpedaya dgn hasutan syaitan yg menyuruhku ambil keuntunganku,terus kami katakana tidak mahu kerana tidak mahu terlibat dengan wabak riba yg kian menular diri manusia yang tamak. Setelah menerangkan kepada pegawai itu kenapa kami tidak setuju (sedih kerana dia juga bernama dengan nama Islam tapi menggalakkan kami mengambil riba itu), kami terus ke arah railway station utk mengambil train ke Picadilly circus. (tempat aku berjanji utk bertemu dengan dalila)

Persediaan: Pass pelancong, maklumat kenalan di UK –nama, alamat, pekerjaan, no telefon-, print segala dokumen dan bookings, English yg fluent. Kah.

Dalam perjalanan ke Picadilly circus kami gagal mendapatkan wifi utk contact dalila, Tunggu saja gamaknya tapi… terlalu lama, terus aku mencari kedai yg pemiliknya tampak baik dan customernya kurang. Yup, berjaya jumpa tuan kedai yg sangat baik. Cuba telefon dalila, gagal. Cuba telefon qarie, gagal juga. Terpaksa call nadh, dapat. Tapi kaitannya sgt jauh. Tapi, sampaikan jelah. So, tinggal berdoa agar message disampaikan. Setelah bbrapa minit, dalila tiba. Happy dia pergh happy sgt ! 

Dengan bag2 luggage yg besar tu, kami terpaksa bawa bersama ke restaurant ‘burgers & lobsters’ yg berada di tingkat 3 kedai mewah2 (spt yg dijanjikan, tempat pertemuan dgn amal qarirah ihsan dan harish) selepas makan lobster yg berharga 22.50pound sepinggan dan berbual serta mengambil gambar, kami bergegas ke rumah dalila utk menumpangkan luggage2 sementara kami merantau ke tanah sebelahnya iaitu paris.



Alhamdulillah, sempat kami kejar bas ke paris pada jam 8malam di Victoria coach station. Perjalanan yg mengambil masa 10jam itu menaiki bas dan ferry kami penuhi dengan tidur dan berbual. 

Persediaan: passport utk cop di emigration paris, duit dah siap tukar, dan diletakkan di tempat yg selamat dan berbeza utk mengelak dari ‘pick-pockets’


26/1 Isnin;
Tiba di porte maillot pada jam 6pagi, hujan rintik2 menyambut ketibaan kami. Berpinar2 mata mencari tempat yg sesuai utk berlindung dan sembahyang subuh. Kemudian, tiba di salah sebuah mall yg baru sahaja beroperasi, berbekalkan air minuman, mereka mengambil wudu  dan sembahyang di hujung koridor, kerna takutkan fitnah apabila solat di kawasan awam. Setelah selesai sembahyang, kami mula bergerak ke stesen kereta api bawah tanah utk membuat 3-day pass utk ke zon 1-5 yg berharga 50euro.

Setelah itu, kami bergerak ke arc de triomphe dan melihat matahari terbit di situ. Setelah beberapa keping gambar diambil, kami bergerak ke station gare du nord utk menyimpan barang2 supaya perjalanan hari itu lebih mudah. (Check in hotel pukul 4, tu yg gi tempat simpan barang dulu. Kos 9.50euro) 

Kami mula berjalan ke arah musee de lourve dimana terletaknya lukisan terkenal dari leonardo da vinci iaitu mona lisa, kemudian ke notre dame dan bertemu dgn Mak Itam dan Pak Itam. Mereka bersama2 kami memasuki notre dame yg terkenal itu (kos free) setelah itu, mereka membawa kami ke kawasan makanan halal, dan kami memakan kebab (kos 7.50 kebab dgn air) 

Kemudian kami di bawa ke arah Eiffel tower (turun station bir-al-hakim) , kawasan parlimen, kawasan shopping best (menurut mak itam) dan akhirnya ke rumah mereka utk makan malam.














Siap makan, kami kembali ke station gare du nord utk mengambil barang dan mula menuju ke monte mantre utk check in hostel. Masuk bilik dan sebelum tidur, finalise rancangan utk esok hari dan route ke disneyland 😄😍😉

27/1 Selasa;
Setelah breakfast di café, kami bergerak kea rah station anvers dan turun semula di station barbes rocherchuart, dari situ kami tukar lane ke lane m4 ke arah mairie de montrouge dan berhenti di chatelet. Dari situ kami tukar ke lane merah utk ke Disneyland parc.


Setibanya kami di Disneyland, dengan menggunakan pass, kami masuk utk bermain di dalam taman permainan itu. (Kos 45Euro dgn menggunakan alamat citizen France) Seharian kami berada di dalam Disneyland itu, bagi aku, permainannya tidaklah menarik sangat kerana ada yang masih dibaiki dan ditutup disebabkan cuaca sejuk. Jadi aku bagi rating 6/10 utk Disneyland tu Ha ha ha





Kami singgah sebentar di La Valle selepas itu utk membeli beberapa barangan serta mencari makanan. Aku membeli sepasang kasut Nike di sana kerana kasutku sudahpun memasuki air dan tidak selesa utk berjalan lebih jauh. (kos 45Euro)

Selepas itu, terus kami balik ke Hostel dgn route yg sama kami pergi. Utk dinner, kami memasak spaghetti menggunakan dapur yg disediakan utk para bagpackers. Alhamdulillah, syukur dgn apa yg ada. Kami makan bersama, bergelak, dan setelah kenyang, kami pulang ke bilik masing2 dan bersiap utk esok hari pula.

28/1 Khamis;
Hari ini, kami akan menaiki Menara Eiffel yg terkenal di seluruh dunia !! Kenapa ? kerana ketinggiannya dan keunikan reka bentuk dan bahan yg digunakan utk membuatnya. (kos 7Euro) 




Setelah membeli belah souvenir dan makan di kedai kebab, kami berpisah di situ kerana perjalanan kami akan bersambung ke Spain, manakala Amal, Azzah dan Ihsan akan bergerak ke London.

Kami terus bergerak ke arah Airport Charles De Gaulle, urusan kami dipermudah dengan menggunakan online check in dan tidak memerlukan boarding pass. Hanya perlu download di Easy Jet Apps, dan boleh terus masuk ke Gate.

Ujian buat kami di Airport, hanya satu bag per person boleh masuk ke pesawat, terus kami sumbat segala benda ke dalam bag atau ke dalam diri masing2 (haha yang ni lawak) (tengok gambar)

Persediaan: BACA PERATURAN FLIGHT BETUL2 AND IKOT CAKAP DIA !



Kami tiba di Airport Madrid pada pukul 6malam, dan terus kami bergerak ke station kereta api airport utk ke Renfe station (kos 5Euro) Setibanya kami di station renfe, kami dapati tempat it sunyi sepi…… kami terus mencari port utk tidur sementara menunggu train pada keesokan paginya…. Tiba tiba….. 

Comments

Popular posts from this blog

Semi-Backpacking Journey (part two)

Malu ?